Pada mulanya, nak bina laman web bukanlah sesuatu yang mudah.
Bayangkan, dulu setiap elemen laman – dari warna, teks, hingga susunan gambar – semuanya perlu ditulis dengan kod. Setiap kali nak buat perubahan, kita kena semak kod satu per satu, dan kalau tersilap titik atau koma, habislah, tak menjadi!
Kemudian, bila ada editor seperti Dreamweaver, kerja jadi lebih mudah sikit. Kita dah boleh nampak rupa laman tu sambil bina, tapi masih perlu tulis banyak kod juga.
Lepas tu, bila CMS macam WordPress muncul, barulah terasa lega sikit sebab kita tak perlu lagi tulis kod untuk semua benda – lebih kepada susun dan edit saja. Dan sekarang, teknologi drag-and-drop seperti Elementor pula muncul.
Dengan cara ni, sesiapa pun boleh bina laman web dengan mudah hanya menggunakan drag and drop. Tanpa perlu tahu kod, kita boleh susun laman ikut suka, dan hasilnya pun nampak profesional.
Memang tak sangka, teknologi dah sampai ke tahap ni!
Assalammualaikum dan salam perkenalan!
Saya, Azizul Hazlan atau lebih dikenali sebagai Azizul, merupakan co-founder kepada Sifuwebsite.com. Saya mempunyai pengalaman yang dalam bidang laman web dan infrastruktur IT, termasuk berkhidmat di syarikat swasta dalam industri IT dalam bidang Server & Network. Selain itu, saya juga seorang HRD Corp TTT Certified dan Tenaga Pengajar yang disahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.
Dengan pengalaman dalam memberikan perkhidmatan membina laman web untuk agensi kerajaan dan melatih kakitangan kerajaan serta sektor swasta mengenai cara menguruskan laman web menggunakan WordPress, saya yakin saya dapat membantu anda membina laman web yang profesional dan mudah diuruskan. Saya percaya, dengan bimbingan yang betul, anda pasti mampu mencipta laman web anda sendiri!
Saya masih ingat saat-saat pertama kali saya dan team memulakan perjalanan ini. Tak disangka, dari kelas ke kelas, kami menerima sambutan dan kepercayaan yang begitu menginspirasi. Setiap kali kami mengadakan sesi latihan, bertemu peserta dari pelbagai latar belakang – ada yang pemilik bisnes kecil, ada yang pekerja yang ingin menambah kemahiran, malah ada juga yang pelajar – semuanya datang dengan satu tujuan yang sama: mahu memahami cara membina laman web dengan yakin dan efektif.
Kelas-kelas terdahulu membawa kenangan dan kepuasan tersendiri. Melihat para peserta bersemangat dan beranjak dari tahap ‘tak tahu’ kepada mampu membina laman web mereka sendiri adalah pengalaman yang sangat berharga buat kami. Kepercayaan ini jugalah yang mendorong saya dan team untuk terus memberikan yang terbaik – memastikan setiap peserta meninggalkan kelas kami dengan ilmu yang berguna dan keyakinan untuk terus melangkah sendiri. Terima kasih kepada semua yang telah memberi peluang kepada kami untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan digital anda.
Hanya 50 tempat tersedia untuk kelas ini, dan tempat semakin terhad! Jangan tunggu lagi, ini adalah peluang terbaik untuk anda belajar cara mudah membina laman web menggunakan WordPress dan Elementor tanpa perlu menulis kod.
Ambil peluang sekarang dan pastikan anda salah seorang yang akan saya bimbing untuk mencipta laman web profesional anda sendiri. Klik butang daftar di bawah dan pastikan tempat anda sebelum penuh!
Rekabentuk yang menarik. Kelajuan yang memuaskan. Keselamatan dari ancaman luar. Pada kami, laman web bukanlah sekadar platform tapi adalah kepuasan dan semangat.
Cara Mudah Bina Laman Web © 2026. Nalzah Solution (002995389-M)