Sebelum melancarkan laman web, anda boleh membangunkan lawan web secara lokal terlebih dahulu di komputer anda. Ini bermaksud anda boleh menjadikan komputer anda seperti local web hosting dan laman web anda tidak boleh diakses oleh orang lain kecuali anda sahaja. Teknik ini juga tidak memerlukan internet apabila anda hendak mengakses atau mengedit laman web anda kerana wordpress dipasang secara local.

Teknik ini juga dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin belajar membangunkan laman web tapi tidak mempunyai bajet untuk membeli domain dan hosting. Kebiasaannya mengakses dan mengedit laman web secara local lebih laju berbanding online kerana anda sedang mengakses laman web yang telah dihostkan dalam komputer anda.

Antara perisian yang akan digunakan adalah WampServer. WampServer adalah singkatan bagi Windows, Apache, MySQL dan PHP. WampServer merupakan sebuah perisian yang membolehkan komputer anda menjadi sebuah web server dan fungsinya seakan-akan web hosting membenarkan anda memasang wordpress secara local dikomputer.

Berikut adalah langkah Step-By-Step untuk memasang wordpress secara local di komputer anda :

  1. Muat turun dan pasang perisian WampServer pada komputer anda. Anda boleh muat turun perisian WampServer dari http://www.wampserver.com/en/. Pilih muat turun mengikut architecture Windows anda samada 64bit atau 32bit

WampServer.jpg

download wamp.jpg

install wamp.jpg

2. Jalankan perisian WampServer. Pastikan muncul icon WampServer di taskbar dan ia bertukar warna daripada warna merah kepada warna hijau.

wamp app.jpg

Wamp Online.jpg

3. Jalankan pelayar web anda. Taip “localhost” pada ruang address dan tekan enter. Anda akan mendapat antaramuka seperti dibawah :

localhost.jpg

4. Muat turun perisan terkini wordpress daripada laman web wordpress.org

wordpress.org.jpg

5. Padam semua fail yang terdapat didalam folder www dan ekstrak fail wordpress yang telah dimuat turun tadi kedalam folder www tersebut. Folder www terdapat didalam direktori pemasangan WampServer. Secara asal, untuk 32bit anda perlu akses ke C:\wamp\www manakala untuk 64 bit, anda perlu akses ke C:\wamp64\www.

install folder.jpg

6. Seterusnya anda akan cipta akaun dan juga database menggunakan perisian phpMyAdmin. Buka web browser dan layari http://localhost/phpmyadmin/. Anda akan mendapat sebuah antaramuka login. Gunakan maklumat berikut untuk login.

Username : root

Password : [tinggalkan kosong]

Kemudian tekan enter untuk log masuk. Setelah berjaya log masuk, klik pada tab User Accounts

login phpmyadmin

cipta database dan akaun.jpg

7. Klik pada Add user account dan isikan maklumat yg diperlukan. Anda boleh ikut contoh seperti dibawah.

Username : user

Hostname : tukarkan pilihan kepada local

Password : asdzxc@123

Re-type : asdzxc@123

Selesai isi maklumat yang diperlukan, skroll sedikit ke bawah dan tandakan pada kotak “Create database with same name and grant all privileges.” Kemudian skroll ke bawah sekali dan klik butang “Go”

account.jpg

create database.jpg

8. Anda boleh tutup aplikasi phpMyAdmin dan buka URL “localhost”. Anda akan mendapat antaramuka seperti dibawah. Pilih bahasa English dan klik Continue, kemudian klik “let’s go!”

install step 1.jpg

9. Isi maklumat yang diperlukan, sama seperti anda cipta akaun dan database tadi. Kemudian klik Submit. Anda akan mendapat butang “Run the install” sekiranya maklumat yang anda masukkan tadi tepat. Jika tidak, semak semula maklumat yang anda masukkan. Pastikan betul. Jika berjaya, klik Run the install.

wordpress connection.jpg

run the install.jpg

10. Isi maklumat yang diperlukan untuk setting WordPress seperti nama website, username, password dan email. Semak & Klik “Install WordPress” jika selesai. Anda akan mendapat mesej Success! jika pemasangan wordpress anda berjaya.

setting worpress.jpg

success message.jpg

Kemudian anda boleh terus melayari laman web anda. Selesai !

URL utama : http://localhost/

URL login : http://localhost/wp-admin

Username : admin

Password : admin

paparan utama.jpg

login wordpress.jpg

Jangan lupa untuk beri maklumbalas anda di ruang komen dibawah.

Selamat mencuba !