Salah satu teknik bekerja tanpa tekanan adalah menukarkan cara kita berfikir, daripada “Saya perlu untuk…” kepada “Saya memilih untuk..”Apabila kita hidup dalam keadaan “saya perlu untuk..”, kita sebenarnya meletakkan diri kita dalam tekanan & memperlihatkan kepada diri kita sendiri bahawa kita sedang melakukan secara terpaksa. Kesannya kita akan mudah mengalah apabila rintangan mendatang, kualiti yang tidak memberangsangkan, timbul kebencian serta melemahkan tenaga dalam kehidupan.

Apabila kita mula tukar cara kita berfikir kepada daripada “saya perlu untuk..” kepada “saya pilih untuk..”, kita sedang meletakkan diri kita dalam kedudukan berkuasa, kita akan rasa lebih bertanggungjawab, bersungguh-sungguh dan lebih mengawal sikap serta tindakan kita.Sebagai contoh, ” Saya perlu bekerja kuat untuk mendapatkan hasil yang lumayan”. Cuba kita tukarkan kepada ” Hari ini, saya memilih untuk bekerja dengan lebih kuat kerana saya inginkan hasil yang lebih lumayan” Berbeza bukan ?

Apabila kita konsisten membuat pilihan yang baik, kita akan mewujudkan tabiat yang lebih baik. Tabiat yang lebih baik ini akan menghasilkan karater yang lebih baik serta menambah nilai kepada dunia. Ini membolehkan kita membuat lebih banyak sumbangan dalam kehidupan kita.Dalam Islam, ini disebut sebagai IKHLAS. Mereka yang berpegang kepada konsep ini akan selalu terkehadapan, menonjol dalam masyarakat & syarikat sebagai insan yang maju, berwawasan dan komited dalam tugasan.

#SifuWebsite
#ThePowerOfFocus
#SelamatHariBuruh2017