Perbezaan Antara HOSTING FREE dan BERBAYAR

Perbezaan Antara HOSTING FREE dan BERBAYAR

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana singgah untuk membaca perkongsian saya pada kali ini. Baiklah, saya akan terangkan apa perbezaan diantara HOSTING FREE dan HOSTING BERBAYAR.

Saya tahu, mesti ada diantara kita pada awalnya yang mahu membina laman web akan cuba ‘cut cost’..betul ? Ada sesetengah orang diluar sana tidak tahu akan kewujudan FREE HOSTING ni. Memang ada syarikat-syarikat pembekal hosting yang menawarkan perkhidmatan HOSTING PERCUMA. Namun, kebiasaannya perkhidmatan FREE HOSTING ni terdapat beberapa kekangan atau limit jika nak di bandingkan dengan HOSTING BERBAYAR.

Saya kongsikan apa diantara kekangan dan limit yang ada pada kebanyakan FREE HOSTING.

#1 LIMITED SERVER RESOURCES

Apa itu server resouces ? Server resources ni merangkumi banyak perkara. Dah nama pon resources, mestilah ia berkait rapat dengan SUMBER. Apa yang ‘FREE’ ini tawarkan adalah ‘space’ atau ruang penyimpanan data yang kecil. Contoh: FREE HOSTING FOR 1Gb. Dengan hanya 1Gb space memang sukar untuk anda kembangkan laman web anda. Selain space atau ruang penyimpanan data ‘MONTHLY BANDWIDTH’ juga memainkan peranan. Laman web memerlukan ‘ MONTHLY BANDWIDTH’ yang besar atau unlimited. Jika tidak, pelawat atau trafik pada laman web anda tidak akan meningkat.

#2 UNSTABLE PERFORMANCE

Anda pasti inginkan HOSTING yang stabil betuk tak? Apa maksud stabil tu? Memang betul server perlu sentiasa beroperasi serta tiada gangguan ‘connection’. Kebanyakan ‘FREE HOSTING’ tidak menjanjikan UPTIME/DOWNTIME. Apa pulak UPTIME/DOWNTIME tu? Ok macam ni, HOSTING BERBAYAR biasanya menjanjikan 99.9% UPTIME. Ini bermakna, hanya 0.1% DOWNTIME sahaja kebarangkalian server itu untuk tidak beroperasi atau tidak ‘ON’. Nak ke bila pelawat tengah akses laman web anda, waktu itu la server tengah downtime. Jadi langsung tak dapat tengok laman web anda.

#3 POOR TECHNICAL SUPPORT

Orang dah bagi percuma, jadi pakai je lah apa yang ada, jangan komplen. Lainlah kalau anda bayar perkhidmatan itu, pihak syarikat atau pembekal wajib bantu anda jika ada apa-apa masalah yang berlaku pada ‘HOSTING’ tersebut.

#4 HIDDEN FEES

Ini lah rahsia mengapa kebanyakan syarikat atau pembekal ‘HOSTING’ bagi hosting diorang secara percuma. Katakan lah, anda nak buat ‘BACKUP’ laman web anda, mungkin perkhidmatan ‘BACKUP’ itu anda perlu bayar. Jika tidak anda tidak dapat buat ‘BACKUP’ untuk laman web anda. Takut kan ? Ataupun ada sesetengah tu, pada laman web anda, ada LOGO atau IKLAN syarikat pembekal ‘HOSTING’ tersebut, kalau nak ‘REMOVE’ logo atau iklan tersebut kena bayar.

#5 EXPSENSIVE RENEWAL FEES

Berkemungkinan perkhidmatan ‘FREE HOSTING’ yang diberikan hanya bertahan selama 1 tahun atau 2 tahun, dan lepas itu anda perlu bayar untuk meneruskan perkhidmatan tersebut dan kos nak ‘RENEW’ itu pulak mahal. Jadi macam mana, data-data laman web dah ada pada hosting tersebut, database dah banyak. Nak transfer data-data itu pulak nak kene bayar lain. Ini bakal merumitkan anda.

Jadi, anda sudah nampak apa yang ada pada ‘FREE HOSTING’ ? Saya sarankan anda untuk MEMBELI HOSTING atau menggunakan HOSTING BERBAYAR adalah lebih berbaloi.

TAPI

Jika anda dalam proses ingin belajar, tidak salah menggunakan ‘FREE HOSTING’

Sini saya kongsikan syarikat pembekal HOSTING yang berkualiti

Klik Sini – https://goo.gl/8mvjK5
Klik Sini – https://goo.gl/8mvjK5
Klik Sini – https://goo.gl/8mvjK5

Semoga bermanfaat ya. Sila share artikel ini ya.

Leave a Reply

Close Menu