Berita baik untuk anda yang mahu mendaftarkan domain .my. Semalam syarikat peneraju utama bagi domain Malaysia iaitu MYNIC telah mengumumkan bahawa mereka telah menaik taraf kualiti perkhidmatan pendaftaran domain bagi semua domain .my termasuk

  • .org.my
  • .net.my
  • .edu.my
  • .gov.my
  • .mil.my

Kini anda hanya perlu tunggu 1 jam untuk proses pengaktifan domain berbanding 3 jam untuk pengaktifan domain pada tahun 2016. Ini merupakan satu perubahan yang sangat positif dan membantu meningkatkan produktiviti perusahaan pendaftaran domain bagi semua syarikat reseller yang menyediakan pendaftaran domain .my.

Anda boleh mendaftarkan domain .my anda di beberapa laman web pendaftaran domain Malaysia seperti iChoose.myExabyteDomainPlus, YeahHost dan banyak lagi di carian Google.Terima kasih MYNIC diatas peningkatan kualiti perkhidmatan ini. Diharapkan selepas ini syarikat MYNIC dapat menaik taraf kepada instant activation setanding dengan international domain registrar.