Apa Itu Domain

Apa Itu Domain

Mengenai pembuatan website, kali ini saya akan berkongsi cerita mengenai apa itu domain. Jika Anda membuka website seperti Facebook.com, Twitter.com, Google.com, Yahoo.com, SynoHost.com, itu menandakan yang anda sedang mengunjungi alamat website tersebut. Ya, nama-nama alamat itu adalah nama domain.

Jujur, untuk pengertian domain ini, saya juga selalu mendapati orang-orang yang belum paham apa itu domain. Padahal mereka kadang menggunakan internet dan membuka laman web seperti Mudah.my, Lazada.com, dan tentu saja tidak ketinggalan Facebook dan Twitter.

Jadi, Apa Itu Domain?

Menggunakan analogi bangunan dan tanah, ibarat sebuah bangunan, tanah tempat bangunan berdiri adalah hosting, sedangkan bangunan adalah website, dan alamat bangunan tersebut adalah domain.

Seringkali orang terpinga-pinga dalam memahami istilah ini. Jangan kuatir, anda tidak sendirian, saya pun begitu dulunya. Nah sekarang jadi kewajiban saya untuk menyampaikan kepada anda.

Kemudian untuk memilikinya, anda boleh membelinya di domain provider atau penyedia domain seperti SynoHost.com.

Satu hal yang perlu diingat, nama domain ini bukan bererti setelah anda membeli akan menjadi milik anda selama-lamanya. TIDAK!!…  Pemilikan nama domain ada masa hadnya. Minimum 1 tahun dan setelah tamat tempoh atau expired, anda boleh meneruskanya jika masih ingin menggunakannya.

Idealnya, ketika memilih nama domain yang hendak digunakan ada baiknya yang mudah diingat dan diucapkan. Sehingga memudahkan orang lain yang ingin mengunjungi website anda.

Seterusnya, jika anda sudah memiliki alamat domain, pastikan ianya berhubung dengan server hosting anda supaya domain tersebut dapat diakses. Istilahnya adalah pointing IP. Maksudnya arahkan alamat IP domain anda ke IP hosting milik anda. Setelah itu baru orang lain boleh melihat anda di internet.

Disamping itu ada juga beberapa istilah yang sering digunakan, seperti:

  • Sub Domain
  • Addon Domain
  • Parking Domain

Baiklah, hanya setakat ini dahulu saya bercerita tentang apa itu domain. Jika anda masih merasa kurang paham, sila tingalkan komen diruangan komen dibawah. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Close Menu