7 Kelebihan Ada Website

7 Kelebihan Ada Website

Ada biznes ? Ada produk atau servis ? Anda guna cara apa untuk marketing selain facebook dan instagram ? Dah cuba marketing guna website sendiri ?

Ok sudah! nah 7 kelebihan mempunyai website sendiri.

#1 – 24/7/365 NON-STOP

24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun non stop orang boleh view website anda. Ni kalau siapa yang ada premis kedai mau melambung segala kos-kos perbelanjaan ni.

Dengan website, pelanggan boleh akses website anda dimana-mana sahaja dan bila-bila masa.

Memang dengan facebook dan instagram pun pelanggan boleh akses bila-bila, tapi cuba lihat betul-betul sekeliling facebook ada tak iklan atau brand produk lain atau instagram ada tak tetiba iklan keluar bila scroll ?

Rasa-rasa pelanggan anda boleh terpesong atau terganggu tak dengan iklan produk lain tu ? terjejas tak apa yang ingin anda tunjukkan?

#2 – DATA ANALISIS

Jika anda mempunyai website sendiri, anda mampu untuk mengetahui siapa yang datang tengok website anda tu. Contoh : trafik daripada pengujung anda datang, berapa ramai pengunjung dalam sesuatu masa, apa yang pengunjung cari di website anda, product apa yang paling pengujung suka dan macam-macam lagi.

#3 – MEMUDAHKAN PELANGGAN

Bayangkan jika pelanggan dari jauh nak datang ke premis anda. Diorang pon rasanya akan 50/50 samada nak pergi ke tidak. Tapi bila anda ada website, pelanggan boleh tahu segala-galanya tentang perniagaan anda dalam website anda. Dari A sampai la ke Z.

#4 – PERNIAGAAN BOLEH PERGI JAUH

Pergi jauh dari segi apa tu ? Pernah terfikir perniagaan anda boleh sampai ke indonesia, singapore, thailand dan seluruh negara ?

Apa rahsia dia sampai semua tu boleh terjadi ye ? Tahu tak yang Coca Cola atau Coke itu berasal daripada United States ? Macam mana boleh sampai ke Malaysia ?

#5 – PENGIKLANAN

Daripada website anda boleh ‘connect’ dengan google, boleh ‘connect’ dengan facebook untuk buat iklan. Besar target market tu nanti.

#6 – JIMAT KOS

Ok bayangkan jika anda ada premis perniagaan. Kos-kos berikut adalah yang perlu anda fikir untuk bayar pada masa yang telah ditetapkan.

1. Sewa premis
2. Ubah suai premis
3. Bil api & air
4. Bil Internet
5. Bil telefon premis
6. Gaji pekerja
7. dan lain-lain

TAPI! apa yang website boleh bantu dalam menjimatkan kos yang sedia ada ni ?

Website tidak perlu dibayar bulan-bulan. Dengan adanya website, jumlah pekerja dapat dikurangkan, premis tak perlu terlampau ‘gah’. Banyak lagi yang didapat dijimatkan.

#7 – MEMBUKTIKAN KREDIBILITI

Mesti ada dikalangan anda berfikir, ala buat apa nak ada website sedangkan facebook dgn instagram dah cukup nak buat sales aku menaik.

Kalau itu la yang anda fikirkan, saya nak anda cuba search kat google atau yahoo keyword ni:

1. Coca Cola
2. Adidas
3. Nike
4. Aeon Big
5. Tesco

Cuba tengok, brand-brand yang saya suruh google ni ada website tak ?

Salah satu cara brand-brand ini memcuri kepercayaan dengan mempunyai website. Dengan adanya website, mereka boleh menarik pelabur-pelabur luar untuk melabur dalam perniagaan mereka dan mereka dapat memantapkan lagi perniagaan.

Tak ingin ke biznes anda maju meletop mcm brand brand kat atas tu?

Jadi itu lah sedikit tips kenapa pentingnya website yang saya ingin kongsikan kepada anda. Orang sekarang ni biasa kata ‘Jangan makan sorang’ so apa lagi, klik button share dan share dengan kawan-kawan anda. Insyallah berkat ilmu yang anda dapat. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Close Menu