#1 – Hestia

Sebuah theme yang cantik dan bersih. Theme ini menggunakan trend design terkini iaitu Material Design. Dengan menggunakan Material design, theme ini kelihatan lebih moden dan artistik. Theme ini merupakan jenis one-page design dengan fungsi smooth scroll. Hestia juga mempunyai slider utama bersaiz lebar penuh dan dilengkapi fungsi kedai online. Ini menjadikan Hestia kelihatan lebih menarik dan sesuai untuk dijadikan website untuk menjual barang.

Kelebihan :

    • Design yang responsif
    • Kit Material UI
    • Widgetized footer
    • Sokongan WooCommerce & page builder
    • Mesra SEO
    • Integrasi Sendinblue
    • Live Customizer

Harga : $0

#2 – Zerif Lite

Sebuah theme yang interaktif, direka khas untuk one-page design. Ia menggunakan konsep lebar penuh untuk gambar latarbelakang dengan bar menu yang ringkas berwarna putih pada bahagian atas.Warna utama yang digunakan adalah hitam dan putih, cuma ada beberapa bahagian yang menggunakan warna yang lebih terang seperti hijau, merah dan juga kuning. Secara keseluruhannya, design theme ini mampu membawa rekaan elegan dan klasik. Ia juga merupakan contoh theme WordPress Bootsrap.

Kelebihan :

    • Design yang bersih
    • Kesan parallax
    • Integrassi WooCommerce
    • Panel theme option
    • Penterjemahan bahasa
    • Design responsif
    • Fungsi mudah dihubungi

Harga : $0

#3 – Review Zine

Sebuah theme moden untuk penerbitan artikel, majalah, dan jugak laman affiliate. Ia hadir dengan antaramuka bersih dan serbaguna, bagus untuk dimuatkan topik teknologi dan juga apa jua topik yang anda mahu ketengahkan. Theme ini mempunyai fungsi ulasan dan penilaian yang bagus yang di keluarkan oleh WP Product Review Plugin.

Kelebihan :

    • Design responsif
    • Slider yang responsif
    • Sokongan terjemahan
    • Carta penilaian yang advance
    • Slider carousel untuk produk
    • Widgetized footer

Harga : $0

#4 – OnePress

Sebuah theme moden yang mesra pengguna dan dibina untuk sesuaikan dengan apa jua jenis bisnes, startup, koperat dan bisnes kreatif, agensi digital, pameran produk, dan juga pelbagai firma online. Theme ini mempunyai antarmuka yg elegan dan juga design one-page yang kemas.

Kelebihan :

    • Design responsif
    • 2 slider latarbelakang
    • Integrasi WooCommerce
    • Template custom
    • Blok kandungan
    • Kesan parallax
    • Penterjemahan bahasa

Harga : $0

#5 – Spacious

Sebuah theme minimalist serbaguna dengan design yg bersih dan mesra pengguna. Theme ini menggunakan ikon dan butang yang berwarna-warni, susun atur kotak, slider yang cantik, kandungan yang tersusun supaya tidak makan terlalu banyak ruang. Theme ini membolehkan anda mencipta portfolio dan kedai online serta sesui untuk digunakan untuk apa jua jenis website.\r\n

Kelebihan :

    • 4 slide pada slider
    • Design responsif
    • Susun atur secara kotak atau lebar
    • Warna utama yang cerah atau  gelap
    • Sokongan WooCommerce
    • Widget yang pelbagai

Harga : $0