\r\nRamai orang yang mahu membina website sendiri tapi tidak tahu bagaimana untuk mulakannya. Membina website adalah sesuatu yang sangat mudah, dengan syarat anda mengetahui teknik yang betul. Bayangkan anda memiliki website sendiri dan anda berkuasa penuh keatas website anda. Ada bebas untuk berkongsi ilmu dan meletakkan apa jua di laman web anda samada artikel, gambar, video atau juga dokumen bagi membolehkan orang ramai memuat turun. Mengupah untuk membina website kadangkala menelan kos yang tinggi dan juga fungsi yang terhad.Apabila anda mempelajari bagaimana untuk membina website sendiri, maka anda boleh bina apa jua jenis website samada untuk blog peribadi, website syarikat, website jualan, forum, website pengiklanan, atau juga website untuk mana-mana pertubuhan.Untuk perkongsian ini, saya akan dedahkan kepada anda 3 perkara asas yang anda perlu tahu dan miliki sebelum membina sebuah website.#1 DOMAIN – ALAMATDomain merupakan alamat kepada lawan web yang kita akan bangunkan. Sebagai contoh sifuwebsite.com , facebook.com, google.com dan sebagainya. Jika anda membuat carian di google, makan apa yang google senaraikan itu sebahagain besar adalah domain utama website disamping kandungan website yang lain.Domain ini bersifat unik dan hanya seorang pendaftar sahaja yang boleh mendaftar domain dalam satu-satu masa. Maka disebabkan domain ini bersifat unik, jika anda membuat carian domain semasa mendaftar domain tapi anda diberitahu domain yang anda cari tersebut “not available”, ini bermaksud domain itu telah dimiliki oleh orang lain dan anda perlu menempah domain lain yang masih available atau juga boleh pilih daripada cadangan domain yang available pada sistem tempahan domain.Domain terbahagi kepada tiga iaitu local domain, international domain & premium domain. Kebiasaaanya, local domain akan berakhir dengan singkatan negara tersebut. Anda boleh lihat banyak website yang menggunakan local domain Malaysia akan berakhir dengan .my. Sebagai contoh google.com.my, mudah.my, utm.my, quantumcoast.com.my.Bagi international domain pula, domain tersebut tidak akan berakhir dengan kod singkatan bagi sesebuah negara. Kebiasaanya international domain akan berakhir dengan .com, .net, .org, biz dan sebagainya. Contoh website yang menggunakan international domain adalah seperti google.com, facebook.com, twitter.com, sifuwebsite.com dan banyak lagi.Bagaimana pula dengan premium domain ? Premium domain merupakan domain yang berakhir dengan nama yang khas dan lebih mudah dikenal. Terdapat banyak premium domain yang diwujudkan bagi membuka peluang untuk lebih banyak domain didaftarkan. Kebiasaannya premium domain akan berakhir dengan nama bebas seperti .io, .studio, .music, .web, .club, .loan, .shop dan banyak lagi.Anda boleh mendaftar apa-apa sahaja jenis domain mengikut kesesuaian website yang anda akan bangunkan. Domain boleh didaftar di mana mana pendaftar domain seperti godaddy.com, exabyte.com, rocksoft.com.my, synohost.com atau mana-mana syarikat yang memberikan perkhidmatan mendaftar domain.#2 WEB HOSTING – RUMAHWeb hosting boleh diupamakan seperti rumah anda. Ia merupakan ruang storan untuk menyimpan semua fail website kita termasuk fail kod program website, gambar, audio, video atau dokumen. Web hosting diuruskan oleh perisian pengurusan web hosting yang disebuat sebagai Web Panel seperti cPanel, Plesk, DirectAdmin, Virtualmin dan banyak lagi. Semua web panel ini ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Namun begitu kebanyakan pembekal web hosting lebih menggemari cPanel kerana antaramukanya yang mudah digunakan, fungsi yang banyak dan juga integrasi yang bagus.Jadi jika anda lihat pada pakej web hosting menggunakan cPanel untuk Web Panel, anda tidak perlu fikir panjang lagi untuk memilihnya. Berikut adalah contoh sebahagian daripada antaramuka cPanel.Terdapat banyak kriteria web hosting yang perlu diambil perhatian sebelum anda beli web hosting tersebut. Namun begitu anda perlu pastikan kriteria asas web hosting tersebut memenuhi keperluan anda. Antaranya saiz storan web hosting, bandwidth bulanan, akaun FTP, akaun email, database, subdomain, parked domain, addon domain dan juga lokasi server web hosting tersebut. Semua kriteria asas ini sangat penting bagi memastikan website anda beroperasi dengan baik. Disini saya nyatakan secara ringkas apa fungsi kriteria yang saya sebutkan tadi.Saiz Storan / Diskspace : Ruang untuk menyimpan semua fail websiteBandwith Bulanan / Monthly Bandwidth : Jumlah saiz penggunaan daripada website anda samada upload atau downlaod setiap bulan.Akaun FTP : Akaun yang dibenarkan untuk berhubung dengan ruang storan website anda menggunakan protokol FTP (File Transfer Protocol)Akaun Email : Akaun email yang dibenarkan untuk anda cipta daripada domain. Sebagai contoh jika domain anda adalah sifuwebsite.com, maka email anda akan jadi seperti info@sifuwebsite.comPengkalan Data / Database : Jumlah database yang dibenarkan untuk anda bina website dalam web hosting anda. Kebiasaannya satu website memerlukan satu database.Subdomain : Cambahan domain daripada domain anda. Sebagai contoh jika domain anda adalah sifuwebsite.com, maka subdomain anda adalah seperti info.sifuwebsite.comParked domain : Domain yang di pointkan kepada website anda dalam web panel. Sebagai contoh jika domain website anda adalah domain1.com. Anda boleh pointkan domain kedua anda iaitu domain2.com kepada website anda sekarang. Jadi jika anda akses mana-mana domain tersebut, ia akan membawa anda kepada laman web yang sama.Addon Domain : Domain tambahan kepada hosting anda yang sedia ada. Sebagai contoh jika sekarang domain kepada hosting anda adalah mydomain.com dan anda mempunyai domain kedua iaitu mydomain2.com. Jadi anda tidak perlu beli web hosting yang berasingan untuk host domain kedua anda tadi. Anda cuma perlu masukkan dalam addon domain.Lokasi Web Hosting : Lokasi web hosting ini adalah sangat penting bagi memastikan website anda load dengan lebih cepat bagi pelawat website yang berdekatan. Sebagai contoh jika pelawat website anda lebih ramai di Malaysia, jadi anda perlu pilih server web hosting yang bertapak di Malaysia supaya website anda dapat diakses dengan lebih cepat.Bagaimana untuk memilih pakej web hosting ? Itu bergantung kepada jenis website yang anda ingin bangunkan dan juga penggunaan website tersebut. Berikut adalah contoh pakej web hosting yang disediakan oleh salah satu pembekal web hosting Malaysia, iaitu SynoHost.comMaka domain dan hosting adalah sangat berkait rapat dan memerlukan antara satu sama lain bagi menghiduppkan website anda dan membenarkan website anda diakses melalui capaian internet. Ingat, Domain itu Alamat, Hosting itu Rumah.#3 ILMU BINA WEBSITESetelah anda faham apa itu domain dan web hosting, maka anda perlu ilmu membina website untuk membina website sendiri. Terdapat banyak cara untuk membina website sendiri samada anda koding daripada kosong, atau menggunakan framework, atau menggunakan CMS, atau membeli perisian bina website, atau juga anda melanggan perkhidmatan perisian membina website secara online.Semua teknik membina website yang saya sebutkan diatas akan mempengaruhi kecepatan membina website anda, dan juga fungsi yang anda mahukan dalam website anda seperti borang tempahan, live chat, slider, animasi dan sebagainya. Semakin mendalam anda mempelajari tentang teknik membina website, semakin canggih website yang anda dapat hasilkan.Anda juga pelu memastikan website anda responsif di semua platform samada di dekstop atau table atau juga di telefon pintar. Hal ini adalah sangat penting bagi memastikan pelawat website anda mendapat pengalaman yang terbaik semasa melayari website anda.Apa yang saya kongsikan diatas adalah perkara asas yang ada perlu tahu sebelum membina sesebuat website. Saya akan kongsikan kepada anda dengan lebih mendalam dalam artkel yang lain. Jangan lupa kongsikan artikel ini kepada kawan-kawan anda ya. Peace ! ✌- SifuWebsite –