Tidak kira jika anda mempunyai laman web yang cantik, atau portfolio yang menakjubkan, anda tidak akan boleh pergi jauh jika anda SEO (Search Engine Optimization) tidak kuat. Perkara yang Google, Yahoo, dan Bing sangat menitik beratkan adalah perkara-perkara seperti SITEMAPS, TAG ALT, dan KEYWORDS. Memahami terminologi tidak begitu penting, tetapi memahami bagaimana untuk memperbaiki SEO anda adalah perkara yang diperlukan.

Apa itu SEARCH ENGINE OPTIMIZATION (SEO)

SEO adalah proses dimana trafik ke website anda muncul di search engine GOOGLE, YAHOO atau BING secara organik atau algoritma search engine tersebut. Semakin tinggi website anda muncul dalam search engine, semakin tinggi bilangan pengunjung ke website anda.

Mari kita lihat 10 TIPS yang boleh membantu untuk menaikkan lagi SEO pada website kita.

1. PAGE TITLES
Tajuk halaman digunakan oleh search engine untuk memaparkan halaman dalam hasil carian, serta muncul di ranking atas atau muka surat 1 – 2 dalam google, yahoo atau bing. Google hanya memaparkan antara 50 – 60 aksara dalam tag tajuk mereka, oleh itu penting untuk membuat description yang ringkas, menarik dan relevan.

Sample Page Title

2. KEYWORDS
Penempatan keywords di seluruh website anda mungkin salah satu taktik SEO yang paling penting. Ia berguna untuk mengambil kira bagaimana seseorang akan mencari maklumat mengenai perkhidmatan atau produk tertentu yang anda tawarkan, kerana keywords yang mereka gunakan mungkin menjadi keywords yang ingin anda gunakan. TETAPI pastikan anda tidak menambah keywords yang tidak masuk akal, terutama jika tidak berkaitan karena ini dapat menyebabkan website anda dianggap sebagai spam.

3. ALT Tags
Apa ALT Tags tu? Setiap GAMBAR dan VIDEO yang ada di website anda boleh mempunyai kata-kata description yang ditambahkan padanya. Ini dikenali sebagai description teks alternatif. Description ini membolehkan search engine untuk mencari page anda menggunakan keywords yang terdapat dalam penerangan gambar dan video anda, serta teks biasa di seluruh laman web. Oleh itu ini dapat meningkatkan peluang website anda ditemui, yang seterusnya meningkatkan kedudukan rankingnya.

Sample Alt Tag

4. SITEMAPS
Sitemap adalah satu page yang khusus menyenaraikan dan menunjukan link ke semua page utama lain di website anda – membolehkan search engine untuk mencari page dengan cepat, dan dengan lebih relevan. Oleh itu, setiap page lebih mudah dicari oleh search engine dan pengunjung.

5. MOBILE SITE
Kajian dapati pada tahun 2015 40% trafik organik datang daripada smartphone, tidak menghairankan bahawa website yang mempunyai mobile view atau mobile site akan lebih tinggi ranking dalam carian Google. Google akan sentiasa memberikan pengunjung THE BEST USER EXPERIENCE di website mereka. Jadi lebih baik USER EXPERIENCE di website anda, maka lebih tinggi ranking anda di Google.

Sample Mobile Site

6. JANGAN GUNA ‘FLASH’
Kebanyakan owner website suka menjalankan website mereka menggunakan Flash kerana ia mudah dilancarkan dan agak murah. Walau bagaimanapun, Google tidak mendahulukan website yang mempunyai FLASH berbanding website yang tidak menggunakan FLASH. Menukar website berasaskan Flash ke WordPress atau platform yang lain akan meningkatkan kedudukan search engine anda.

7. UPDATE CONTENT REGULARLY
Saya pasti ini adalah perkara yang kerap anda lakukan, jadi jangan cuba berhenti daripada update content-content page anda.

8. URL STRUCTURE
URL adalah perkara pertama yang seach engine guna untuk menentukan ranking. Lebih baik jika anda dapat memendekkan URL pada website anda (yang juga meningkatkan USER EXPERIENCE).

9. GROW NATURAL LINK
Satu lagi faktor ranking utama dalam algoritma Google adalah bilangan link yang masuk secara organik ke website anda. Ini berfungsi kerana Google mengambil kira berapa kali link tersebut diklik oleh pihak ketiga. Oleh itu adalah penting untuk memantau bagaimana link anda berkembang.

10. MONITOR YOUR PROGRESS
Anda tidak akan tahu sama ada semua kerja keras SEO anda berfungsi kecuali anda menjejaki kedudukan carian anda. Perhatikan kedudukan website anda melalui alat seperti Alexa dan toolbar Google. Selain itu, penting untuk memeriksa log website anda supaya anda dapat melihat bagaimana pengunjung anda tiba di website anda, dan istilah carian yang mereka gunakan untuk sampai ke sana.