Tentang Sifuwebsite

Sifuwebsite merupakan satu jenama dimana kami memberikan perkhidmatan mengajar sesiapa sahaja yang berminat untuk membina website sendiri dengan mudah serta TANPA KODING!.

Nama SIFUWEBSITE telah digunakan semenjak awal 2017 namun begitu berpengalaman dalam dunia website hampir selama 17 tahun dan kini kami menyediakan tutorial dan memberi maklumat untuk anda mengenai cara membina website sendiri tanpa menggunakan sebarang kemahiran koding.

Kami ini juga membantu dan berkongsi dengan anda agar dapat berita terkini mengenai teknologi website, ancaman laman website dan juga maklumat keselamatan website.

Sifuwebsite adalah jenama yang digunakan oleh kami di mana kami adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah nama SYNOHOST ENTERPRISE (002342332-D).

Hi.. nama saya Azizul Azim, berasal daripada Kuala Lumpur. Saya adalah salah seorang pengurus dan tenaga pengajar di dalam kumpulan Sifuwebsite. Berpengalaman lebih daripada 10 tahun dalam bidang pembikinan website.

Azizul Azim

Telah ramai usahawan yang telah saya ajar bagaimana untuk membuat website sendiri. Kebanyakan daripada mereka adalah yang tidak ada ilmu mengenai cara-cara membina website. Jadi, saya telah menunjukan cara-cara bina website tanpa sebarang penggunaan ‘code‘. Sepertimana yang kita tahu, untuk buat website kita perlu tahu coding-coding tertentu bukan?, tetapi dengan teknik ‘Drag N’ Drop‘ yang saya ajarkan, pasti anda boleh buat website anda sendiri.

Lokasi pejabat Sifuwebsite terletak di Sentul Kuala Lumpur. Maka, disitu jugalah Kelas / Bengkel Sifuwebsite dijalankan. Walaupun Sifuwebsite berada di Kuala Lumpur, akan tetapi kami tetap menerima kunjungan pelajar-pelajar/usahawan daripada serata negeri yang sanggup untuk datang dan belajar cara bina website. Ada yang daripada Johor, Melaka, Pahang, Terengganu dan Sabah.

Kami juga mempunyai perkhidmatan mengajar ditempat ‘pelajar/usahawan’ itu sendiri. Tetapi hanya di beberapa kawasan di daerah Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Jadi sekiranya anda mahukan kami ke tempat anda untuk mengajar, hubungi kami terus ya.

Jadi, sekiranya anda ingin mempelajari cara membina website tanpa koding atau menempah website dengan kami sila hubungi kami dengan segera. Kami akan aturkan segala-galanya untuk anda.

Yang Benar,
AZIZUL AZIM